Bismillah.
Masa.
Tenaga. Semangat
3
kekuatan ini dimiliki oleh pemuda & pemudi termasuklah kita mahasiswa &
mahasiswi. Ya,
kita terpilih untuk berada di institusi pengajian ini. Tugas utama kita ialah
menuntut ilmu. Tetapi kita harus membuka
mata & hati seluasnya, ilmu itu bukan hanya kita peroleh di dalam
dewan kuliah, tutor dan sebagainya.
Ilmu
itu luas. Ilmu ialah capaian makna dalam jiwa seseorang. Definisi ini saya
dapat menerusi pengajian subjek Sejarah & Falsafah sains. Jujur saya akui
sejarah bukanlah matapelajaran kesukaan tapi mempelajari sejarah adalah suatu
kemestian. Mengenali sejarah dengan hati bukan semata minda, akan membuat kita
meneladaninya sepanjang hayat. Bukan hanya untuk lulus atau cemerlang
peperiksaan.
Selain
menghadiri kuliah akademik yang diwajibkan universiti, mahasiswa seharusnya
mencari aktiviti yang sepadan dengan minat. Tetapi minat sahaja tidak
mencukupi, pastikan aktiviti yang dilakukan berada dalam redha Allah &
menjauhkan diri daripada perkara sia-sia. Kerana walau setinggi mana jawatan kita, kita tetap hamba & khalifahnya sepanjang masa.
Minat
Lambakan
persatuan & kelab di institusi pengajian memberi kebebasan kepada mahasiswa
untuk memilih. Pilihlah yang memberi manfaat untuk pembinaan potensi diri &
ummah. Islam yang kita anuti adalah gaya hidup yang paling ideal & mampu kita laksanakan. Islam meraikan bakat yang kita miliki. Tinggal terserah pada diri kita untuk menimbangtara cara mengembangkannya.
Minat berdebat, silakan berdebat. Minat menyanyi, menyanyilah tetapi
nyanyikanlah lagu yang membawa diri & insan lain menghargai kehidupan &
mendekatkan jiwa dengan Ilahi. Tidak semestinya irama nasyid, tapi mungkin
boleh menyanyikan lagu berunsur kemanusiaan & punyai lirik ketuhanan.
Suka
berprogram, ya anjurkan program menarik yang mengikut lunas Islam. Islam
membenarkan manusia berhibur selagi ia tidak melalaikan. Buat permainan yang
memberi analogi tentang diri manusia dan alam misalnya.
Gemar
aktiviti lasak seperti mendaki bukit & gunung, bawalah manusia lain mendaki & hayatilah
keindahan ciptaan Pencipta. Adakan sesi refleksi & sebagainya. Alam ialah
ayat-ayat Allah yang dilihat. Bacakan ayat yang mengaitkan alam & Allah,
basahkan jiwa dengan mengingatinya di mana sahaja.
Pesanan
Saya
masih ingat pesan ini ‘ Sertai NGO, boleh dapat banyak pengalaman &
berpeluang bekerja dengan mereka yang dah bekerja’.
Memang
benar, setelah menyertai sebuah badan NGO Aqsa Sharif, itulah yang saya peroleh.
Saya didedahkan dengan keadaan warga Gaza. Bukan sekadar empati, saya juga
dididik menyumbang tenaga. Mengadakan jualan dan kutipan semasa program
berlangsung di dalam universiti & juga luar universiti.
Peluang
berniaga menambah kemahiran komunikasi & keusahawanan saya. Saya juga kini
lebih terbuka dalam pergaulan berbanding dahulu. Antara
jualan yang pernah saya jalankan ialah semasa Pesta Konvokesyen UKM ke-32,
Palestine Week & lain-lain.
Aktiviti
luar yang paling tidak boleh saya lupakan ialah ketika flashmob Duduk Diam
Untuk Gaza (DDUG). Flash mob ini bertujuan menyindir sesiapa yang berpeluk
tubuh & berdiam diri dari isu Gaza. Diadakan di Suria KLCC pada 25/11/2012 . Ketika dalam perjalanan kami hanya
memegang tabung & tidak pergi kepada mana-mana individu untuk melihat
sejauh mana rakyat Malaysia bermurah hati. Subhanallah, memang terharu. Ada non
muslim yang menyumbang, ada juga pelancong asing yang prihatin & ada
juga yang tersenyum kepada kami sebagai tanda penghargaan. Ada juga seorang
pelancong mengambil gambar bersama kami sebagai kenangan.
![]() |
| hasil flash mob DDUG. saya berada di huruf G :) |
Allah,
saksikanlah! Manusia sebenarnya pemurah. Tinggal kita sahaja perlu
menggalakkan.
Subhanallah,
sungguh kenangan ini terlalu manis! Kami berhimpun atas dasar Islam & kemanusiaan. Sayu hati ini pada saat kami sama-sama meng'amin'kan do'a yang dibaca buat saudara Islam di Palestin & Syria.
Masa
Ramai
mahasiswa mengeluh tak punya masa. Tapi sempat pula bermuka buku, membeli belah
di hujung minggu.
Masalahnya
bukan tiada masa. Tapi tidak pandai mengurus masa.
Lihat
sahaja penggerak Aqsa Syarif, Dr Hafidzi Mohd Nor. Beliau merupakan seorang
pensyarah tetap & hujung minggu pula sibuk dengan urusan Aqsa Syarif.
Beliau juga seorang suami, ayah & datuk.
| Dr Hafidzi Mohd Nor memberi ucapan pembakar semangat ketika DDUG |
Subhanallah.
Jadi bagaimana kita yang masih bujang, belum punya kerja ini tanpa segan
mengeluh tiada masa?
Terdapat
beberapa tips dalam mengurus masa. Tips ini saya peroleh melalui Productive
Muslim. Pertama kita analisa masa. Senaraikan apa yang kita lakukan secara
terperinci dengan jujur atau boleh minta insan terdekat yang menyenaraikan.
Kedua, ketepikan masa yang tidak produktif. Contohnya, perlukah kita bersarapan di kafe
sedangkan kita boleh bersarapan di bilik dan membalas emel pada masa yang sama?
Ketiga,
selesaikan tugasan dalam masa singkat tanpa gangguan. Contohnya letakkan target
90 minit untuk menyiapkan tugasan. Jauhkan diri daripada handphone sepanjang
tempoh itu. Tugasan akan dapat dilunaskan dalam masa singkat kerana kita focus
berbanding membuat tugasan sambil menjawab panggilan & membalas SMS.
Semangat
Apa
sahaja mehnah yang menghalang kita, selagi Allah meminjamkan semangat, maka
kerja-kerja kita akan terus berjalan. Justeru kita harus sentiasa sedar bahawa
kita adalah muslim yang belajar bukan pelajar muslim.
Muslim
mengambil berat semua aspek kehidupannya bukan sekadar pengajiannya. Muslim cakna isu masyarakat,ummah,negara & dunia.Matlamatnya redha Ilahi. Itulah
yang membezakan muslim yang belajar & pelajar muslim.
Allahu’alam.
p/s
: jom jadi muslim yang sentiasa belajar. Aman! J
